Friday, 30 September 2011

sepasang kekasih berdebat tentang rokok

Sepasang kekasih di kedai makan.

GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

GF : hmmmm... berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. ayg mule isap rokok
bile???
BF : pandai math u ni... dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10. and then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh
beli Skyline ke.. Evo ke.. semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&*

Wednesday, 28 September 2011

Mungkin Aku Harus Pencen Daripada Facebook…

Kata mereka padaku (yang membawa maksud lebih kurang begini)…

“Usahlah kau penuhi statusmu dengan kata-kata lawak jenaka mengarut kerana ia sememangnya lagho, membuang masa dan bisa melalaikan rakan-rakan Facebookmu yang tersenyum serta tertawa membacanya.”

“Tak perlulah kau ceritakan apa menu makan malammu tadi atau memuat naik gambar makanan tengaharimu nanti sedangkan di luar sana ada ramai rakanmu yang sedang menderita kelaparan disaat itu.”

“Jangan kau serabutkan statusmu dengan cerita masalah, kesusahan dan penderitaanmu. Adakah kau mengidap sindrom Kurang Kasih Sayang lalu inginkan perhatian dan belaian? Jangan ingat nasib kau sahaja yang malang, seolah-olah hanya kau seorang sahaja yang ada masalah di dunia ini!”

“Perlukah kau bercerita dan menayang segala gambar dan berita tentang pengalaman melancong serata duniamu itu? Apa yang nak dibanggakan sangat dengan naik kapal terbang dan berjalan di negeri orang tu? Entah-entah pergi ke sana buat maksiat…”


“Kenapa kau harus isikan masamu dengan menulis ayat keTuhanan dan nasihat mengajak manusia kearah kebaikan? Cermin dulu dirimu sebelum kau nak menyibuk dengan amalan kami! Jika kau tiada ijazah Al-Azhar panjang sedepa, serban sekati di kepala atau bukannya peserta akhir Imam Muda, kami tiada masa mendengar ceramah bosanmu yang poyo itu!”

“Kami jemu melihat gambar hasil karyamu yang memenuhi ruangan foto Facebookmu. Apakah kau mahu dunia tahu dan kagum dengan kehebatan bakatmu itu? Atau hatimu memang penuh dengan sifat sumaah yang sentiasa dahagakan pujian?”

“Elehh… baru sehari dua baca Harakah, Malaysiakini dan blog politik; dah memandai-mandai nak bangkang dan protes itu ini! Kau harus memandang politik dan ekonomi itu dari perspektif berbeza serta skop yang lebih besar. Dasar katak bawah tempurung!”

“Mestikah kau sebarkan berita mengenai kejayaan dan kegembiraanmu di Facebook? Tidakkah kau tahu bahawa ia pasti akan mengundang riyak di hatimu dan hasad dengki di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kamu?”

“Hebat sangatkah ahli pemikir dan falsafah dari Barat itu sehingga saban waktu statusmu dibanjiri dengan kata-kata hikmah mereka? Ya, tidak dinafikan banyak ayat-ayat mereka itu benar dan mungkin berguna untuk dijadikan panduan. Tapi kau harus sedar bahawa mereka itu semuanya Yahudi dan agenda utama mereka adalah untuk menyesatkan kita!”



Inilah kenyataan dilema dunia Facebookku kini…

Bersembang perkara duniawi akan dituduh sesat dan mengkhayalkan oleh puak A. Berceramah tentang akhirat boleh membuat jiwa dan sanubari B berasa resah. Berangan perkara cinta bakal ditohmah sebagai karat oleh golongan C. Berdebat isu sosial atau kehidupan bisa membuat gerombolan D terasa hati. Bila berkongsi anugerah dan bakat jelas akan membuat sang E tidak senang duduk.

Oh!

Serba salah aku dibuatnya…

Apapun tak boleh!

Waktu tiada Facebook, aku dikata sebagai kolot dan ketinggalan kerana tidak mengikuti peredaran semasa. Pernah juga dituduh sebagai pemalas dan sombong pabila statusku jarang dikemaskini. Bila aku menulis, macam-macam pula leteran dan bebelanmu!

Kamu harus faham bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai karakter dan personaliti. Kita menempuhi pembesaran, peringkat tuntutan ilmu dan pengalaman hidup yang berbeza-beza, lalu menjadikan kita berlainan di antara satu dengan yang lain, samada melalui pemikiran maupun tindakan. Perlukah setiap masa kita mahukan mereka menerima dan memahami kita sahaja?

Manusia membina perangai buruknya bukan dalam sehari dua dan mustahil juga untuk berubah menjadi baik dalam sekelip mata.

Jika ada antara rakan Facebookmu menulis sesuatu yang kau benci dan tidak cocok dengan jiwamu, janganlah terlalu cepat menghukum serta melenting. Halusi dulu kenyataannya, kenali orangnya dan cuba kau fahami isi hatinya. Terimalah rakanmu itu sebagaimana kau mengharap dia menerima diri kamu seadanya.

Untuk menjadi manusia yang hebat, kamu harus sentiasa mampu menerima, memahami serta dapat menilai segala kebaikan di sebalik keburukan pada tiap seseorang itu.

Sehitam-hitam tahi cicak wujud juga sedikit putih di hujungnya. Sebusuk-busuk tahi boleh juga dibuat baja penyubur tanaman.

Lihat dulu apa yang dikata dan bukan siapa yang berkata. Adakala mesej yang tersirat itu lebih bermakna daripada yang tersurat. Mana yang baik jadikan panduan dan apa yang buruk jadikan iktibar pada diri sendiri.

Sebenarnya aku amat berterima kasih kepada engkau, kamu dan dia yang sentiasa setia menegur serta sudi membetulkan sebarang kesilapanku sepanjang perkenalan kita. Aku juga terharu kerana keberanian dan kesungguhanmu berusaha untuk melihat aku, kami serta beliau berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sungguhpun begitu, maaf kerana aku memang tidak dapat menulis status Facebookku sekadar untuk menyenang dan menggembirakan hatimu. Aku lebih senang menjadi diriku sendiri, samada di dalam Facebook maupun di alam nyata.

Daripada berpura-pura untuk nampak macam bagus, lebih baik aku terus pencen daripada berFacebook!

Maaf sekali lagi kalau tulisan kali ini membuatkan engkau, kamu dan dia tersinggung.

Seperti yang aku katakan tadi, aku menulis ikhlas sebagai diriku sendiri dan bukan untuk nampak macam bagus di mata kau, A, B, C, D ataupun E.

Atau kau berfikir bahawa aku sepatutnya menerima dan memahami dirimu lalu aku patut berpura-pura menulis sesuatu yang dapat menggembirakan serta memuaskan hatimu di sini?

Jika begitu mahumu, mungkin lebih baik kalau aku terus pencen daripada menulis blog juga!

Monday, 26 September 2011

malam yang sunyi dan jmban yang amat puaka...

kejadian ini terkena pada diri aku sendiri di blok Ht1.....
Memang seram gilew, aq tgah lepak dgn member kt bilik member.

Ngah best2 lepak minum2 aku tiba2 ase nk terkencing tahap maksima..
aq teruss gi tandas...!!
TAnpa aq sedari yang aq terbawak 2 phone aku kt dalam jamban...
AQ rasa memang jamban tu dah lame memanggil-memanggil aq handphone kot...

pastu lepas selesai mmbuang hadas kecil tu aq nk pkai laa blek apa yang ptot dipakai tiba-tiba ke dua-dua handphone aku terkluar dri poket terusss msuk ke lembah kehinaan iaitu jamban tersebut, mcm buah caroom laa dye msuk~~~

Tapi de satu phone je yang aku berjaya selamatkan dengan mengguanakan kepanjangan tangan aku..
Yang lagi satu memang tak sempat karana jamban puaka tu daa telan handphone aku..

handphone tak laa mahal tapi nilai simcard tu je y wat aq sakit ati~~
handphone yang berjaya diselamat kn tu aq bsuh laa dengan air paip teruss sumbat masuk air, langsung tak boleh nk On..

jadi aku terpakse pinjam member yang ade handphone spare...
skunk ney aku pakai no maxis jee..
phone celcom aq da renew simcard tp no kawan2 sume tak de..
yang pnting guna no lama lagi....

Handphone yang telah sumbat msuk air gara-gara nk cuci kasi hilang bau tu da pun aku hantar kedai..

ntah bpew laa kne bayar...
Aku cakap kat awek kedai toppup tu phone aq msuk air sebab hujan lebat, aq x bagi tahu laa sebab kes msuk lubang jamban...
nanti tak nak pulak dye repair...

Moral dalam cerita ney:-

jadi kawan2 beringat laa..
laen kali jagn jadi mcm aq biul bawak handphone dalam jamban lagi2 yang jenis nyangkung ney..
ntah daa bpew bnyk kot phone yang jatuh dalam lubang jamban asrama ney sblom aku~~~

amacam seram tak...??
sungguh misteri kn...

memang misteri nusantara TAHAP BAruuuaa~~~

Friday, 23 September 2011

aq kne game dgn (p) ney, y mula nye aq igt dye prcaye kn aq..
tapi sggup dye uji aq dgn cara y x boleyh blah..
gune no lain y aq xtahu pastu n try aq..
aq lak dgn cayanye twos layan dan tnyew mcm2 apesal dpt no aq..
aq igt mmber2 laa y main rupe dye..
pastu dgn bgga nyew dye bgtau y dye wt sume ney utk nk psatikan y aq btol lelaki y dye cri selame ney laa sgt..
tp aq x leyh trima, nmpk benor laa dye igt aq dok jaoh2 mcm ney aq boleyh curang..
aq daa bengang sgt aq mnx jee ptos..
wt pe kalau dh dgn org cenggini x payah laa nk twos kn hubungan~~~
baik aq blah dlu..
hrap2 jgn dye wt mcm ney lagi kt laki laen..

baru je belajar buat blog

selame ney x pernah minat pun nk buat blog~
 nsib baik de belajr BC101 kt politeknik premier johor bahru....